Project : MAHARANI

Album Terbaik dari Bintang Realiti TV
Nov 29, 2005

Album Terbaik dari Bintang Realiti TV

Nikki : Maharani
Rating : 4/5

"Pinta (Vintage Remix) mengembalikan saya ke zaman mainan muzik piring hitam
dengan menggunakan gramaphone. Satu cubaan yang menarik !"

Setelah berakhirnya Malaysian Idol, ramai yang tertunggu-tunggu buah tangan dari Nikki kerana penyingkiran mengejutnya dari Malaysian Idol. Berbekalkan kehebatan vokal yang mantap, Nikki hadir menemui peminatnya dengan sebuah album bertajuk Maharani. Saya kurang mengikuti program Malaysian Idol kecuali menontonnya sekali-sekala jika ada kesempatan. Waktu bila Nikki tersingkir pun sudah saya lupa. Boleh saya katakan, album ini lebih hebat dari album Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol. Saya belum berkesempatan untuk mendengar lagu-lagu dari album Saiful dan Dina.

Album yang baik pada saya apabila mempunyai susunan muzik yang mantap. Lagu-lagu yang tercipta mempunyai bunyi-bunyian hasil instrument yang pelbagai dan memberikan variasi pada lagu-lagu tersebut. Album yang baik bukan sekadar kehebatan vokal atau aura penyanyi tetapi juga produksi album yang mantap.

Satu keberanian yang saya lihat pada album ini apabila Nikki cuba untuk menghindarkan imej Mariah Carey pada persembahan vokalnya. Ada beberapa lagu masih menggunakan whistling tetapi tidak pada kesemua lagu. Walaupun dikenali dengan imej tersebut, produksi ini dengan berani mengenepikan imej tersebut dan meneroka percubaan-percubaan lain pada persembahan vokal Nikki. Beliau mempunyai kebolehan tersebut tetapi tidak terlalu menunjuk-nunjukkan kebolehannya. Jika dibenarkan untuk saya bandingkan dengan Idayu yang terlalu berusaha keras untuk menonjolkan kebolehannya.

Saya menyukai sebutan nyanyian Nikki yang tidak pekat dialek Sabahnya. Beberapa kali mendengar lagu ini, jelas kedengaran seperti dinyanyikan oleh seorang penyanyi berbangsa Melayu. Namun demikian sebuah lagu berbahasa Dusun turut dimuatkan dalam album tersebut untuk menghargai sokongan dari para peminat di negeri kelahirannya. Lagu tersebut juga dinyanyikan dengan baik oleh Nikki serta dalam sebutan bahasa yang betul.

Saya kurang berpuas hati dengan kulit album yang terhasil. Gambar di kulit hadapan tidak cukup untuk menarik pendengar untuk membeli album ini. Tidak dinafikan kualiti fotografi yang digunakan amat baik tetapi imej yang terhasil masih belum mampu menarik minat saya untuk membelinya sekiranya saya berpandukan kulit album hadapan.

Memandangkan Nikki seorang yang agak sukar untuk tersenyum, maka apa perlunya imej dengan wajah yang serius dipaparkan di kulit hadapan album tersebut. Saya lebih tertarik dengan imej-imej yang terhasil di bahagian dalam kulit album ini. Imej-imej tersebut lebih menyerlahkan keremajaan Nikki.

Imej-imej pada kulit album amat penting untuk menarik pendengar membeli album tersebut. Tajuk album ini iaitu Maharani sudah seakan menjarakkan sedikit hubungannya dengan pendengar. Maka, imej tersebut perlu dieksploitasi untuk merapatkan jurang tersebut agar Maharani yang dipersembahkan adalah Maharani yang dekat dengan pendengar.

Satu keunikan album ini apabila ia menampilkan 12 track remix serta 1 hidden track iaitu duet Nikki dan Ning Baizura untuk lagu Pinta. Saya tertarik dengan Pinta (Vintage Mix) yang seakan-akan mengembalikan mood muzik piring hitam yang dimainkan dengan peti gramophone. Saya ada beberapa koleksi lagu-lagu klasik Melayu yang sedemikian seperti Terang Bulan dan Fatwa Pujangga. Dalam dunia muzik menuju arus kemodenan, muzik klasik tetap menjadi pilihan.

Antara lagu yang menarik pada pendengaran saya ialah lagu Pinta. Lagu Pinta merupakan sebuah lagu balada yang mempunyai susunan muzik yang menarik. Pada saya lagu ini masih belum mampu menyaingi lagu Awan Yang Terpilu. Susunan muziknya cukup memadai tetapi masih belum begitu solid. Banyak ruang-ruang kosong untuk dipenuhi dengan bunyi-bunyi yang lebih mantap. Satu perkara yang saya perasan permulaan lagu ini ada iras-iras lagu Bertakhta Di Hati.

Permulaan lagu Janji mengingatkan saya kepada bunyi-bunyi etnik fusion dalam Senang Tari oleh Ning Baizura. Sebuah balada yang yang padat dengan mainan strings yang menusuk pendengaran. Kebanyakan lagu dalam album ini amat tebal bunyian stringsnya.

Penampilan Zahid dalam lagu Caramu melengkapkan lagu tersebut. Lebih menarik, lagu tersebut dirakamkan sewaktu saya dan beberapa sahabat lain berada di studio rakaman. Zahid turut meminta pandangan dari beberapa pihak untuk lirik rap lagu tersebut.

Sebuah lagu dalam hidden track menggandingkan Nikki dan Ning dalam lagu yang bertajuk Imaginasi secara unplugged. Gandingan vokal mereka kedengaran ada persamaan walaupun range Nikki lebih besar. Secara jujur saya lebih menyukai kemerduan vokal Ning dan kelantangan vokal Nikki. Vokal mereka saling melengkapi dalam lagu Imaginasi tersebut.

Banyak lagu-lagu yang berentak agak rancak dalam album ini bersesuaian dengan konsepnya yang agak keremajaan. Lagu Perang Atau Cinta, Cinta Baru, Aku Maharani dan Hey ! Hey ! merupakan antara lagu-lagu yang agak rancak temponya. Saya jarang menyukai lagu-lagu sedemikian. Penggemar lagu rancak yang mempunyai elemen hip-hop, rap dan bubble-gum pop tentunya meminati lagu-lagu tersebut. Jiwa saya lebih kepada lagu irama etnik fusion dan balada. Muzik orang tua seperti lagu Janji dan Pinta !

Sebuah album yang boleh saya sifatkan sebagai hasil yang terbaik dari bintang realiti TV kerana barisan sokongan tenaga produksi yang mantap. Kehebatan vokal Nikki disokong dengan sebuah produksi album yang saling melengkapi untuk sebuah hasil yang boleh dibanggakan.

Track :-
Imaginasi
Caramu (featuring Zahid)
Perang Atau Cinta
Cinta Baru
Julangan Permata
Bahagia Selamanya
Janji
Aku Maharani
Hey ! Hey !
Pinta
Sunudai Oku
Caramu

Pilihan sultanmuzaffar
Pinta 4.5/5
Janji 4.5/5
Imaginasi 4.5/5
Caramu 4/5
Cinta Baru 4/5
Julangan Permata 4/5
Aku Maharani 4/5
Sunudai Oku 3.5/5
Bahagia Selamanya 3.5/5
Hey ! Hey ! 3/5
Perang Atau Cinta 3/5

Petikan dari sultanmuzaffar


Posted by
» maharani « @ » 12:00 am «
Make a comment

Maharani - Out in Stores Now! - Kini Berada di Pasaran! Nov 28 2005
Nov 28, 2005

Maharani is out in all good music stores. Please report to us any location where it's difficult to get the album so that we can act upon the matter immediately! We would appreciate if you could give us the name of the retail outlet and location as it will help the management to rectify the problem.

Maharani kini berada di pasaran dan boleh didapati di semua kedai muzik. Sila laporkan kepada kami mana-mana lokasi dimana sukar untuk mendapatkan album Maharani supaya kami boleh bertindak. Kami amat menghargai kalau anda dapat memberikan nama kedai dan juga lokasi untuk membantu pihak pengurusan untuk membetulkan apa yang patut.

Posted by
» maharani « @ » 12:00 am «
Make a comment

Maharani cukup selesa
Nov 27, 2005

Daripada segi pembikinan album, dengan 'range' suara, koleksi lagu dan susunan muzik, sudah cukup memuaskan untuk nama baru seperti Nicollett Palikat (Nikki) mendaki tangga kejayaan di dalam industri rakaman.

Malah melalui album sulung ini, Nikki meletakkan dirinya ke satu tangga selesa. Namun kejayaan itu tidak akan kemana, kecuali Nikki bijak meletakkan penampilan dirinya di sini.

Lupakan penampilan seketika kerana Maharani harus didepankan. Maharani yang bakal mengejutkan pemerhati industri dengan elemen yang menepati kriteria sebagai album yang boleh dikategorikan bermutu. Sukar untuk saya temui album Melayu hebat sebegini. Vokal Nikki memang tiada masalah, saya pernah mengagumi sejak dia menyertai Malaysian Idol pertama tahun lalu. 'Range' suara yang tinggi menambahkan kelainan kepada Nikki (dengarkan 'whistling' ala Maria Carey).

Boleh dikatakan bertuah apabila Nikki dipikat Ning Associates untuk diletakkan di bawah label Artistes United Records. Kalau anda mengenali Ning dan pengurusnya, Vernon Kedit-Jolly bekerja, saya percaya anda 'gila' dengan album ini.

Sentuhan Hazami untuk Nikki cukup berkesan. Pinta, kerjasama Hazami dan penulis lirik baru, Imran bertambah kemas sengan susuna muzik hebat hasil perlakuan Sharon Paul. Lagi ini kedengaran lengkap dengan vokal Nikki. Percayalah, cuba dengar balada ini. Elemen strings oleh Sharon menjadikan Pinta bagaikan di dalm studio orkestra penuh.

Strings turut dimasukkan untuk sebuah lagi balada, Julangan Permata.
Komposernya Audi Mok melakukan susunan muzikdengan kemas. Biarpun lagu ini tidak menangkap sepantas Pinta, saya yakin untuk Nikki melonjak melalui lagu ini. Bunyiannya kaya yang sukar utuk saya mengatakan... bestnya!

Saya hilang kata-kata untuk menilai album ini selain perkataan yang saya sangat kurang gemari ketika menilai album melayu - hebat dan mantap. Saya tidak boleh menidakkan keindahan sepanjang 'di dalamnya Nikki'.

Di ruang terhad ini, sukar untuk saya memperkatakan satu persatu semua 12 trek pada CD pertama. Untungnya pembeli berkualiti kali ini kerana album ini ditampilkan dengan satu lagi CD bonus yang memuatkan adunan semula (remix).
Kalau saya sungguh yakin dan segar dengan CD pertama, CD kedua bagai membekukan jari saya untuk terus mencatat di sini.

Bagus apa yang dibuat oleh Audi. Kalau Madonna bangga dengan Confessions on a Dance Floor, Nikki juga tidak malu dengan sentuhan Audi ini. 

Rating Album 'A' (Mesti Beli).

Abie Abdullah
Harian Metro - 27 Nov 2005

Posted by
» maharani « @ » 12:00 am «
Comments (2)

»

DISCLAIMER : This is NOT the official site for Nikki, Artiste United or Ning & Associates. For more info, please surf Nikki's Official Site
PEMBERITAHUAN : Ini BUKAN laman rasmi Nikki, Artiste United ataupun Ning & Associates. Untuk maklumat lanjut, sila ke Laman Rasmi Nikki


Project : MAHARANI
PROJECT : MAHARANI is a non-profit venture. To help the ailing music industry, as well as to ensure consumers get a quality product in the release of Nikki's album Maharani, we will conduct enable music lovers to purchase the album online. The CD will priced at the store retail price of RM29.90. On top of that, fans will get an AUTOGRAPHED CD from Nikki to add to their collection.

PROJEK : MAHARANI adalah usaha bukan berasaskan keuntungan. Untuk membantu industri muzik kami yang tenat, serta untuk memastikan para pembeli berpeluang mendapatkan album berkualiti seperti album Nikki iaitu Maharani, kami menyediakan khidmat membeli CD Maharani secara online. CD tetap berharga RM29.90 seperti harga pasaran. Keistimewaannya, anda juga dapat CD yang bertandatangan dari Nikki untuk koleksi mereka.

To place your order for the double CD of Maharani autographed by Nikki, all you have to is email badrul_hashim@yahoo.com your name as well as your contact number for order verification as well as notification of payment mode. It's as simple as that.

Untuk memesan CD berkembar Maharani berserta tandatangan Nikki, anda hanya perlu email badrul_hashim@yahoo.com nama anda serta nombor dimana anda boleh dihubungi untuk pengesahan pesanan anda serta pemberitahuan cara pembayaran. Sebegitu senang sahaja.

Copy the codes below to link to Project:Maharani. Show your support and link us today!
More banners coming soon!

Project:Maharani

 

Project:Maharani

 

Project:Maharani is supported by
Bloggers United


:: badrul~after~six ::
:: klubbkidd ::
:: dari isi hati pandangan mata dan rakaman lensa seorang sultanmuzaffar ::
:: Juan Danza ::
:: Sekadar Media Picisan ::

:: MalaysiaTopBlogs ::

Blogdrive